Thursday, 12 March 2015

SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN BERPERLEMBAGAAN

Assalamualaikum and hye guys !

     Alhamdullilah :)

Actually i nervous gila nak update entry ni. hihihi selain nervous teruja pun adajuga rasanya. Teruja nak share ngan korang semua. Jeng jeng jeng mesti korang tertanya tanya apa tittle yang I nak share kan kan kan :)??  i nak share tentang SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN BERPERLEMBAGAAN. Meh lahhh baca entry i ni kepada yang tengah bosan tu, yang tengah gaduh gaduh ngan pakwe/makwe korang tu bagus layan entry i ni dapat jugak sedikit ilmu and  for those yang tengah study tu pun baca lah juga entry i ni manalah tau boleh bantu bantu korang semua heeeeeee. okay lah! i malas nak bebel panjang panjang.
Before I share ngan korang I nak korang BACA, FAHAM. RASA apa yang i sampaikan ni and ada sedikit *Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna *peace :)*


LATAR BELAKANG: Sistem pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran Kerajaan telah di perkemaskan dan sistem pemerintahan serta pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.Selain tu, negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.Beside that,terdapat dua sistem demokrasi and Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak merdeka pada tahun 1957.


KONSEP PERLEMBAGAAN :Perlembagaan merupakan undang-undang tertingi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Bukan itu sahaja, tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara.Tambahan lagi, parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara serta menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukkan yang terkandung di dalamnya.Selain itu, Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16september 1963 mengandungi 183 perkara.


KELUHURAN PERLEMBAGAAN :Bermaksud keangungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Bukti keluhuran perlembagaan ialah kuasa parlimen,kedudukan Yang Dipertuan Agong ,kuasa perundangan dan kebebasan asasi peruntukkan oleh perlembagaan. Disamping itu pula, Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan dan semua jenis undang undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. 




SEBAB SEBAB PINDAAN PERLEMBAGAAN :
  • Melindungi kepentingan rakyat
  • Menjaga keselamatan rakyat
  • Melincinkan urusan dan supaya lebih releven
  • sesuai dengan keperluan semasa
  • Menjadikan perlembagaan sebagai undang undang yang munasabah
  • Melarang perkara sensitif
  • Mengelakkan perbalahan kaum
  • Memelihara keselamatan, ketenteraman, dan keharmornian masyarakat.




PILIHAN RAYA DI MALAYSIA


MAKSUD DAN LATAR BELAKANG PILIHAN RAKYA : Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan dan pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Seterusnya, pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya di rekodkan.Disamping itu, calon yang mendapat undi terbanyak dikira pemenang. Akhir sekali, sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah dan pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.



PERANAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA(SPR) :

  1. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
  2. Keanggotaannya dilantik oleh yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan majlis Raja-Raja Melayu.
  3. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintahan atau pembangkang.
  4. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.



TUJUAN PILIHAN RAYA : Pilihan  raya  umum diadakan untuk memilih ahli Dewan rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh  Semenanjung Malaysia.Selain itu, di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri  diadakan secara berasingan. tambahan lagi, Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Disamping itu, kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakkan jawatan dan perlucutan jawatan. akhir sekali, Pilihan raya kecil mesti di adakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.



PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA :
  1. Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Pesuruhanjaya Pilihan Raya(SPR).
  2. Penamaan calon.
  3. Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.
  4. Pelancaran kempen pilihan raya.
  5. Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi olehSPR.
  6. Pemberian kertas undi yang mengandungi  lambang parti calon yang bakal yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat pengundian.
  7. Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.
  8. Pembuangan undi,
  9. Pengiraan undi.
  10. Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.


KELAYAKAN CALON : 

  • Berumur 21 tahun,
  • Warganegara
  • Bermastautui di Malaysia.
  • Sempurna akal
  • Bukan seorang yang muflis.

KELAYAKAN PENGUNDI : 

  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin atau tidak bermastautin
  • Tinggal dimana mana kawasan pilihan raya 


KEPENTINGAN PILIHAN RAYA : Pilihn raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi dan setiap warganegara perlu bertanggungjawab  mengambil tahu perkembangan politik semasa serta  mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk  kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi  melalui pilihan raya.


 SEBAB SEBAB DEMOKRASI BERPARLIMEN DIAMALKAN DI MALAYSIA : Melahirkan  taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilh.Rakyat terlibat dalam menentukkan hala tuju politik negara serta memberi ruang dan peluang  kepada rakyat  memilih pemimpin.




okay guys thats all yang i mampu share ngan korang semua i hope you all enjoy  baca entry i ni kalau ada yang terkurang or tersilap sorry ok :). Before saya mengundurkan diri saya nak perkenalkan diri. Nama diberi kini dan selamanya Sitinorafiza Binti Harris 07DPR14F2036, berada di Sem1 Diploma in marketing  POLITEKNIK KOTAKIINABALU SABAH. Assalamualaikum and byeeeeeeee  :)!













No comments:

Post a Comment